Popular Posts

Wednesday, August 5, 2020

Khasiat & Cara Pengambilan Pati Delima Gulsan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua! Kita jumpa lagi kt laman blog cikmida yg jarang2 update ni..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Entry kali ni cikmida nak share satu produk yg sesuai diamalkan terutama ibu mengandung. Produk ni mmg dah lama kt pasaran & sgt terkenal.. sebut je nama semua mcm familiar je dengar..apa lagi kalau bukan produk pati delima Gulsan Nar Eksisi dari Turkey ni.

Apa yg best nya pati delima Gulsan ni.. haa mehh cikmida share khasiat & kebaikan pati delima.. selain menjadi makanan sunnah..kajian perubatan pun dah buktikan yg pati delima ni mmg bagus utk kesihatan taw..๐Ÿ˜


Delima mengandungi vitamin C dan vitamin K yang tinggi. Selain vitamin B dan manganese, ia juga mengandungi pottasium, fosforus, magnesium, zat besi, zinc dan kalsium. 


Khasiat Pati Delima Gulsan:
  1. Anti Oksida yang tinggi.
  2. Bersifat panas dan lembab.
  3. Baik untuk menguatkan perut, tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk.
  4. Melegakan batuk dan menghilangkan kahak.
  5. Merawat sinus.
  6. Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan.
  7. Mencuci darah kotor.
  8. Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya.
  9. Menormalkan fungsi hati.
  10. Menstabilkan peredaran darah.
  11. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gigi.
  12. Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan).
  13. Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout).
  14. Mengelakkan daripada rasa mual (hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
  15. Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi.
  16. Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid.
  17. Menegangkan payu dara.
  18. Merapatkan dan menyuburkan rahim.
  19. Mampu menurunkan kadar glukosa / gula dalam darah (Kencing Manis).
  20. Mencegah serangan angin ahmar.
  21. Melancarkan fungsi buah pinggang.
  22. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  23. Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak.
  24. Dikenali juga ‘natural viagra’ kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki.
  25. Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan.
  26. Mengeluarkan peluh / toksin.
  27. Melegakan sakit kepala.
  28. Membunuh cacing dalam usus.
  29. Menambah darah. 
Amboi banyak naw khasiat pati delima ni ye.. cikmida pun excited taw google khasiat2 pati delima ni sbb baru nk try consume. Hari ni baru rasmi botol yang pertama.hhe.. Harap boleh la konsisten untuk amalkan lagi2 cikmida skrg ni tgh pregnant kn.. lagilah kena ambil makanan yg berkhasiat dan terbaik utk baby syg dlm perut mama ni๐Ÿ˜˜



Jom baca lebih detail tentang khasiat pati delima ni..

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


Next cikmida share cara makan pulak.. cikmida baru je beli 2 botol pati delima Gulsan ni.. kandungan cikmida pulak dah masuk 30weeks.. so cikmida saje makan 2 sudu setiap pagi dan malam..nk lagi senang telan cikmida bancuh je dgn air. terpulang pada korg nk makan satu sudu pun okey je.. rasa nya masam2 manis..lebih kepada rasa masam.. so better mkn sikit2.. tak pun campur dlm air.. bila tengok tekstur pati delima Gulsan ni teringat Vivix produk dari shaklee๐Ÿ˜… sgt pekat sbb pati delima Gulsan mmg 100% natural pati delima dari kulit sampai biji. 1 botol bersamaan 4kg buah delima.. serius byk sgt taw..๐Ÿ˜ฑ
High level of antioxidants
No sugar added
No additives
No perservatives


Cara Pengambilan Pati Delima Gulsan:

✅Pati Delima Gulsan sesuai untuk semua tidak kira lelaki, wanita, tua ataupun muda
✅Sebaiknya diamalkan makan 2 kali sehari
✅Waktu makan adalah 1 sudu pada waktu pagi sebelum makan dan 1 sudu pada waktu malam sebelum makan malam
✅Bagi yang ingin mengurangkan rasa masam boleh juga dicampurkan dengan setengah gelas air dan minum seperti jus
✅Anda akan dapat rasakan kebaikan dan khasiat Pati Delima Gulsan ini dalam masa 1-3 bulan mengikut individu jika diamalkan
✅Selawat tiga kali sebelum makan
Jangan lupa niat sebelum makan dan berdoa kepada Allah S.W.T kerana yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu hanya atas kehendakNya

Okey lah korang..cukup lah sampai sini je cikmida berceloteh..hhe. dah lewat mlm menaip ni haa.. korg jgn lupa try taw.. ibu2 yg tgh hamil tuu..dah boleh la survey2 supplemen / makanan tambahan. Antara yang terbaik utk ibu2 ialah pati delima ni. Cikmida ada juga ambil bbrp supplemen lain masa pregnant ni.. nnt cikmida share lagi ye..

Tataaa...jumpa next entry..lot of lovessss๐Ÿ˜
Cikmida akhiri entry kali ni dengan gambar from google๐Ÿ˜





Tuesday, August 4, 2020

Pengalaman pertama neuter kucing kesayangan๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Pengalaman pertama mandulkan Bobo dan Didi ๐Ÿ˜ฝ๐Ÿ˜ฝ

(Part 1)

Hi there!๐Ÿ–Post kali ni khas untuk semua pencinta kucing. Siapa kt sini cat lovers say i..hhe

Okey, sebenarnya niat di hati mmg dah lama nk hantar budak2 ni spay/neuter tp ada je alasan dan rasa was2 jugak sebenarnye๐Ÿ™ˆ

Hingga lah pada hujung bln 10/2019 ketiga2 mummy beranak (Nana, Oyen, Fifi) dan menghasilkan 17 ekor baby secara keseluruhan! ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ tp ada yg dah mati selepas dilahirkan.. cerita kitten ni boleh baca nnt kt post ni ye๐Ÿ˜

Even kucing cikmida ni indoor 90%, Oyen je dulu selalu keluar sbb pndai balik umah, tp disebabkan ada jantan dlm rumah (Bobo) preggy jugak yg betina2 ni..alahaii..

So..cikmida n husbnd tekad nk hntar mandul yg jntan dulu bobo n didi walaupun didi belum cukup matang..tp dah ada tanda2 keinginan nk ehem2 dgn kucing betina (adik2 dia๐Ÿ˜‚)

Terus cari klinik, survey harga mandul kucing kt google, group w/app, facebook. Last nye decide nk buat kt My Own Petshop. Ada harga promosi RM55/seekor. Dua ekor RM110. Tarikh appointment 4/11/2019 hari isnin. So cik abg terpaksa ambil cuti demi anak2๐Ÿ˜‰

Persiapan untuk kucing sebelum dimandulkan
1. Kucing kena puasa. 
   *Cikmida last bg makan dlm pukul 9.30mlm. Kurung dlm bilik/cage letak bekas air n bekas poo je. Pagi2 terus masukkan dlm carrier.

2. Pastikan kucing tiada kutu/ diberi ubat kutu.
   *Kalau tak pernah suntik ubat kutu nnt kt sana kena add on ubat titik. Harga masa ni RM9.80/sekor. Alasan nye takut kutu2 tu berjangkit dekat other cats.

3. Sediakan carrier yg selesa untuk kucing.
   *kalau takde boleh sewa kt petshop tu.. RM8 je. Didi cikmida terpaksa sewakn carrier sbb carrier yg cikmida bawa dr rumah mcm kecik sikit..xpe lah..untuk anak2 korban sikit.๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

4. Carrier dilapik cotton pad.
   *Kalau tak ada boleh beli kt petshop. RM2 je satu.

5. Lastly, kena buat label kt carrier.
   *cth: My Own Petshop
                Bobo (jantan)
          Cikmida - (no phone)

***Segala persiapan sebelum mandulkan kucing mungkin berbeza bergantung klinik yg anda pergi. Cikmida just share pengalaman cikmida✌


Tuesday, November 5, 2019

Warna Melambangkan Personaliti : Pinky Lover ๐Ÿฆ„

Assalamualaikum..
Hai semua.. entry kali ni jom bincang tentang warna kegemaran..๐Ÿ’™๐Ÿ’š๐Ÿ’›๐Ÿ’œ๐Ÿงก❤️

Warna kegemaran cikmida at first stage ialah warna P.I.N.K ๐Ÿ˜. Antara warna yg cikmida suka jugak ialah turqoise, purple, peach dan merah. Baju2 cikmida pon mmg byk warna2 ni je..๐Ÿ˜…

Korg nk taw tak sebenarnya kita boleh tahu perwatakan kita melalui warna2 yg kita suka ni.. warna yg kita tak suka pon kita boleh menentukan apa sifat peribadi kita..

Contohnya macam cikmida yg minat warna pink ni dikatakan seorang yg penyayang, romantis dan pelindung yang hebat.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Tak percaya? Okey cuba korang baca ni..


Haa.. kt link tu boleh baca byk lagi tentang warna yg korg suka dan tak suka.. mcm cikmida..tak suka warna kuning.. pernah la pakai tudung warna kuning.. ya Allah..pelik beno(sgt) rasa.. warna kuning ni aura kuat sgt..๐Ÿ˜… kt link tu ada bgtaw sifat peribadi kita kalau tak suka kuning.. boleh baca ye nnt.. sama2 kenali diri kita.. yg elok kita ambil..yg tak elok tu kita perbaiki.. 

Sedikit nasihat nak tambah.. dalm hidup ni jgn pernah rasa cukup dgn kebaikan yg kita lakukan sbb kita tak tahu kebaikan2 kita ni diterima Allah atau tak.. ye lah mungkin lepas buat baik tu rasa bangga diri sikit.. atau pun kita sebagai ppuan ni mmg suka mengungkit, lagi2 bila tgh bergaduh.. dah tak jd pahala kalau semua kebaikan diungkit..rugi kn.! 

Sentiasa lupakan kebaikan yang kita buat dan sentiasa ingat kebaikan yang org lain buat..๐Ÿ‘Œ
Semoga entry kali ini dapat menambah sedikit ilmu utk semua ye.. 

Sebelum cikmida akhiri entry ni.. nk share barang peribadi cikmida yg warna pink hhe..






Pink bunny beli kat pasar mlm cameron highlands..nnt cikmida share ye trip ke cameron๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Okey..sekian..hhe
Bye..jumpa di next entry ๐Ÿ˜Š
Love uolls๐Ÿ˜˜

Thursday, January 31, 2019

Meja Solek Idaman Wanita๐Ÿ˜˜

Assalamualaikum,
Hai semua.. lama nampaknya blog ni tak share apa2.. hari ni saja nak share tentang jenis meja solek yang wanita idam-idamkan.. well cikmida pun dah lama teringin nak meja solek yg cantik.. sebelum tu jom tengok gmbar contoh meja solek yg cikmida ambil dr google

Meja solek tema putih mmg nampk sangat cantik, moden dan mewah๐Ÿ˜


Design pertama ni cikmida suka sbb byk laci..
boleh lah simpan barang make up kita yg banyak tu.. Siapa yg mcm cikmida kita geng ๐Ÿค—


Design yg ni simple but nice.. tapi kalau cikmida.. Rak2 yg kt tepi tu penuh barang make up je rsnye.. Maybe ada satu ruang utk letak gmbar dan pasu bunga yang kecil je tepi tu..๐Ÿ˜„


Design yg ni pula akan jadi first choice sbb tengok lah berapa banyak rak dan laci. Boleh la susun koleksi barang makeup cikmida kt situ๐Ÿ˜

Okey dah settle tema putih.. cantik kan.. sebenarnya cikmida ni peminat warna pink.. jadi mestilah idaman meja solek cikmida yg berwarna pink + design pink mcm hello kitty tu..
wahh comel nya kalau dapat.. lagi2 kalau cermin tu siap ada lampu mcm gmbar2 kt atas ni.. 
cikmida mmg minat make up.. antara mua malaysia yg cikmida follow adalah Mua Bellaz, Mua Farahain (kak farah) dan yg terbaru cikmida follow Mua Hainz Milin..

Kalau kt fb tu mmg selalu lah tengok video make up tutorial. Byk belajar dr situ je.. kt youtube pula selalu tengok abam Noel Faizal.. byk dia share tips kecantikan. Macam mana nak pilih produk, bahan yg sesuai dgn kulit kita dan mcm2 lagi.. kalau korg nk lebih ilmu ttg kecantikan ni boleh klik sini.

Okey sekarang jom cuci mata tengok meja solek warna pink pula..


Cantik kn..dah mcm studio pula..meriah sgt tambah2 disertakan cermin bersaiz besar๐Ÿ˜



Yg ni warna cantik..design simple tp still
nmpk classy..๐Ÿค—

Okey lah.. harap2 suatu hari nnti tercapai lah impian kita nak dapat meja solek yg cantik sekali cermin berlampu mcm ni.. aamiin..
Semalam pun cikmida baru beli meja solek secondhand but the kualiti ok.. design pun not bad..nmpk clasic sikit ๐Ÿ˜‚

Nnti boleh la kita adjust bg nmpk moden sikit..
Nah cikmida belanja satu gmbar meja solek tu..


Ok lah kn daripada tak ada..murah je harga rm150..Siap ada kerusi & dlm kerusi tu boleh letak barang.. Laci pun byk.. ok sgt dah utk kegunaan cikmida.
Tq en suami sudi beli kn..๐Ÿ˜˜

Bye see you next entry๐Ÿ–️

Wednesday, February 26, 2014

"Finishing School" Modul - Tips-Tips Interview

Bismilahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum readers...

Pada 15 Feb 2014 yang lalu, saya telah menghadiri modul wajib untuk pelajar UiTM untuk semester akhir. Modul "Finishing School" tersebut mempunyai 3 slot; Branding, Resume, Interview.

Modul kami start pukul 8.30 pagi, saya ditempatkan di group 4, untuk pengetahuan korang group kami semua perempuan sebab bahagi group ikut nama..so, kami ni geng yang nama mula dengan 'Nur'. satu group ada 30 orang dan tempat modul adalah mengikut group. Group 4 bertempat di A122.. yang kelakarnya, kami semua dok pusing-pusing blok A tapi ta jumpa-jumpa jugak biik A122. bilik last yang kami jumpa kat aras tu bilik A120. Kami dengan hairannya bertanya "kat mana A122?".."how come ada bilik A122?" haha..kami pun seronok la sebab ingatkan modul group kami batal..hehe (kononnya la..syok sendiri =p)

Then, lepas dah pusing-pusing tu ada la satu bilik kosong, bilik A112. Kami dah ada feeling yang tu la bilik kami..hahaha.. Then, saya dengan selambanya masuk and terus on air-cond. oleh kerana perut saya dah berbunyi-bunyi saya pun terus duduk kat meja depan skali and makan roti yang saya bawa tadi..(sedap kot mkn sorg2..hehe)..kawan-kawan yang lain masih was-was nak masuk bilik tu..ada juga yang tunggu air-cond sejukkan bilik..hee.

Lebih kurang pukul 9.00 pagi..fasilitator untuk group kami pun hadir..Miss Izleen. Seperti biasa warming up dengan aktiviti ringan. Mula-mula kami diminta untuk duduk di kerusi dalam bulatan ditengah. Kemudian kami diminta untuk duduk mengikut kedudukan dari yang paling muda ke paling tua..Guess what?? of course lah saya antara yang muda..third last kot..hehe.. then ikut bilangan adik-beradik..hehe..saya yang terakhir sebab saya yang paling ramai adik beradik dalam group tu..almost semua terkejut bila saya bagitahu saya ada 12 adik beradik.haha..banyak knn? biasalah keluarga bahagia..meriah sangat dengan pelbagai ragam diorang tu.
Then, ikut saiz kasut and lastly, ikut asal kelahiran.. half kot yang berasal dari Perak.. saya pun Perak jugak..and mostly from Ipoh. Tapi yang paling jauh Johor..hehe.

After diberi nombor 1 hingga 5 dan dinamakan kumpulan mengikut nombor yang diberi tadi seperti no.1, kucing, no.2 kambing, no.3 ayam, no.4 harimau dan no.5 lembu. Kami perlu mencari ahli kumpulan dengan membuat bunyi haiwan tadi sambil ditutup mata..huhu..saya dan diana adalah kambing yang sesat. Group harimau pun ada dua jugak yang sesat macam kami..sebenarnya kambing dikejar harimau tadi..hehe takde la..main-main je..

Okay, now proceed to the most important thingssss ---> =)


Slot Branding

Setelah berada dalam group masing-masing.. tugasan pertama kitorang adalah memilih 1 produk untuk dijual semasa open day di UiTM. then, kitorang perlu promote produk kitorang tu supaya kumpulan lain yakin dengan produk tersebut. The objective of this task adalah untuk mengetahui cara yang sesuai untuk promote diri kita (produk) kepada pihak syarikat (group lain). 

Antara cara untuk branding diri kita ialah yakin dengan kemampuan diri kita serta bercakap dengan yakin untuk meyakinkan pihak syarikat dengan segala strength yang kita ada (memang perlu sangat2 self-confident ni). Jangan sekali-kali menjatuhkan branding diri kita dengan menceritakan keburukan diri kita. Bukan bererti kita perlu menipu tetapi kita perlu pandai untuk mengaitkan dan menaikkan kembali branding diri dengan kekuatan yang lain untuk mengelakkan imej kita menjadi buruk pada pandangan pihak syarikat.

Slot Resume

Resume tiada format khas (no standard format, only standard content) tetapi yang penting perlu ikut kesesuaian dengan syarikat dan jawatan yang dipohon. Miss Izleen cakap untuk maklumat peribadi tak perlu letakkan no ic tp kena letak tarikh lahir dan warganegara. So, automatic tak perlu letak umur dah sebab kat tarikh lahir dah boleh tahu umur kita. Antara perkara yang perlu dilakukan semasa membuat resume ialah:

  • AVOID hand writing
  • AVOID same resume for different position and companies
  • AVOID over-do (state the highest and the latest achievement only)
  • AVOID crowded points (perlu ringkas dan padat) 
  • AVOID mixed languages 
  • applying for suitable position (tak digalakkan direct minta jawatan yang kita nak)
  • requesting 'negotiable salary' (tak digalakkan minta specific gaji)

Sebelum terlupa anda juga perlu sertakan sekali beberapa dokumen lain:
  • sijil-sijil fotostat yang telah dicop oleh ketua kampung/setaraf
  • surat sokongan
  • cover letter

Cover letter juga adalah sangat penting supaya pihak syarikat tertarik untuk membaca resume kita. What is cover letter? A cover letter is a single-page cover letter that should always accompany any resume, folio or application documents that you send to a prospective employer. Your cover letter content's needs to:
  • Introduce you
  • Mention the job (or kind of job) you're applying for (or looking for)
  • Match your skills and experiences with the skills and experiences required by the job
  • Encourage the reader to want to know more about you by reading your resume
  • Finish with a call to action - e.g., requesting an interview (if it's a specific job) or meeting (to discuss more general work prospects)

Slot Interview

Semasa slot ni, Miss Izleen memberi sedikit penerangan serta berkongsi pengalaman interview. After that, beberapa orang telah dipilih untuk diinterview sebagai contoh. walaupun bukan yang sebenar, tapi kawan sye yang diinterview tu still nervous..huhu..
okey....now untuk tips temuduga tonton video di bawah ini.. =)





Tambahan untuk calon wanita..bagi yang membawa beg tangan, anda perlu letakkan beg tangan anda di bawah sebelah kiri anda..pakaian juga perlulah tidak menjolok mata dan hendaklah bersesuaian dengan jawatan yang dipohon..pemilihan warna dan kasut yang sesuai (kasut bertumit 1-3 inci) juga peru diambil kira..

Tidak lupa juga bagi yang memohon kerja di syarikat, anda perlu ambil tahu isu-isu semasa dan pengetahuan am (contohnya seperti rukun negara). akhir sekali, jangan lupa berdoa semoga dipermudahkn segala urusan.. Semoga tips-tips di atas dapat membantu anda semua yang bakal menghadiri sesi temuduga.....

GOOD LUCK!!! =)

Gambar kenangan bersama Miss Izleen...=)