Popular Posts

Wednesday, August 5, 2020

Khasiat & Cara Pengambilan Pati Delima Gulsan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum semua! Kita jumpa lagi kt laman blog cikmida yg jarang2 update ni..😂😂

Entry kali ni cikmida nak share satu produk yg sesuai diamalkan terutama ibu mengandung. Produk ni mmg dah lama kt pasaran & sgt terkenal.. sebut je nama semua mcm familiar je dengar..apa lagi kalau bukan produk pati delima Gulsan Nar Eksisi dari Turkey ni.

Apa yg best nya pati delima Gulsan ni.. haa mehh cikmida share khasiat & kebaikan pati delima.. selain menjadi makanan sunnah..kajian perubatan pun dah buktikan yg pati delima ni mmg bagus utk kesihatan taw..😍


Delima mengandungi vitamin C dan vitamin K yang tinggi. Selain vitamin B dan manganese, ia juga mengandungi pottasium, fosforus, magnesium, zat besi, zinc dan kalsium. 


Khasiat Pati Delima Gulsan:
  1. Anti Oksida yang tinggi.
  2. Bersifat panas dan lembab.
  3. Baik untuk menguatkan perut, tekak dan paru-paru kerana ia melegakan batuk.
  4. Melegakan batuk dan menghilangkan kahak.
  5. Merawat sinus.
  6. Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan.
  7. Mencuci darah kotor.
  8. Mengatasi penyakit Anemia dengan membekalkan zat besi secukupnya.
  9. Menormalkan fungsi hati.
  10. Menstabilkan peredaran darah.
  11. Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur dan sakit gigi.
  12. Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan).
  13. Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (dapat mencegah Gout).
  14. Mengelakkan daripada rasa mual (hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan ibu mengandung.
  15. Mencantikkan dan menggebukan kulit bayi.
  16. Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid.
  17. Menegangkan payu dara.
  18. Merapatkan dan menyuburkan rahim.
  19. Mampu menurunkan kadar glukosa / gula dalam darah (Kencing Manis).
  20. Mencegah serangan angin ahmar.
  21. Melancarkan fungsi buah pinggang.
  22. Mengurangkan tekanan darah tinggi.
  23. Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak.
  24. Dikenali juga ‘natural viagra’ kerana dapat meningkatkan tenaga seksual lelaki.
  25. Mencegah kemandulan dan meningkatkan kesuburan.
  26. Mengeluarkan peluh / toksin.
  27. Melegakan sakit kepala.
  28. Membunuh cacing dalam usus.
  29. Menambah darah. 
Amboi banyak naw khasiat pati delima ni ye.. cikmida pun excited taw google khasiat2 pati delima ni sbb baru nk try consume. Hari ni baru rasmi botol yang pertama.hhe.. Harap boleh la konsisten untuk amalkan lagi2 cikmida skrg ni tgh pregnant kn.. lagilah kena ambil makanan yg berkhasiat dan terbaik utk baby syg dlm perut mama ni😘



Jom baca lebih detail tentang khasiat pati delima ni..

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Wisconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)kulit bayi anda sihat, gebu dan cantik

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu pengguna untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi ‘potassium’ di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.


Next cikmida share cara makan pulak.. cikmida baru je beli 2 botol pati delima Gulsan ni.. kandungan cikmida pulak dah masuk 30weeks.. so cikmida saje makan 2 sudu setiap pagi dan malam..nk lagi senang telan cikmida bancuh je dgn air. terpulang pada korg nk makan satu sudu pun okey je.. rasa nya masam2 manis..lebih kepada rasa masam.. so better mkn sikit2.. tak pun campur dlm air.. bila tengok tekstur pati delima Gulsan ni teringat Vivix produk dari shaklee😅 sgt pekat sbb pati delima Gulsan mmg 100% natural pati delima dari kulit sampai biji. 1 botol bersamaan 4kg buah delima.. serius byk sgt taw..😱
High level of antioxidants
No sugar added
No additives
No perservatives


Cara Pengambilan Pati Delima Gulsan:

✅Pati Delima Gulsan sesuai untuk semua tidak kira lelaki, wanita, tua ataupun muda
✅Sebaiknya diamalkan makan 2 kali sehari
✅Waktu makan adalah 1 sudu pada waktu pagi sebelum makan dan 1 sudu pada waktu malam sebelum makan malam
✅Bagi yang ingin mengurangkan rasa masam boleh juga dicampurkan dengan setengah gelas air dan minum seperti jus
✅Anda akan dapat rasakan kebaikan dan khasiat Pati Delima Gulsan ini dalam masa 1-3 bulan mengikut individu jika diamalkan
✅Selawat tiga kali sebelum makan
Jangan lupa niat sebelum makan dan berdoa kepada Allah S.W.T kerana yang menyembuhkan sesuatu penyakit itu hanya atas kehendakNya

Okey lah korang..cukup lah sampai sini je cikmida berceloteh..hhe. dah lewat mlm menaip ni haa.. korg jgn lupa try taw.. ibu2 yg tgh hamil tuu..dah boleh la survey2 supplemen / makanan tambahan. Antara yang terbaik utk ibu2 ialah pati delima ni. Cikmida ada juga ambil bbrp supplemen lain masa pregnant ni.. nnt cikmida share lagi ye..

Tataaa...jumpa next entry..lot of lovessss😍
Cikmida akhiri entry kali ni dengan gambar from google😁





No comments:

Post a Comment